Friday, February 24, 2012

::BERubah Ataupun DIubah Atau TERubah

Assalamualaikum W.B.T & Salam Ukhwah....


Terpanggil aku untuk berkongsi rasa hati dari pelusuk hati dilayar usang ini. Setelah sekian lama, membiarkan dirinya sendirian, akhirnya aku kembali dengan sebuah perkongsian buat kita bersama. Walaupun aku punya seribu cerita untuk dikongsi tetapi aku lebih berminat untuk berkongsi akan rasa ini, biarlah cerita ini akan menjadi bahan cacian, bahan hinaan ataupun bahan terbuang tetapi aku tetap berpendirian "INI RASA AKU".....


BERubah..DIubah...TERubah...


Tahniah kepada mereka yang telah berhijrah,,bukan berhijrah dari RUMAH ke HOTEL, dari KG ke BANDAR...tp berpindah dari HATI ke HATI...Alhamdullilah..semoga perubahan itu dirahmati...


Apa yang ingin aku ingin perihalkan adalah PERUBAHAN dari SIFAT berkelas F menjadi SIFAT berkelas A...bukan perubahan itu yang menjadi pokok persoalan tetapi KENAPA? MENGAPA?...kenapa apa? mengapa apa? mengapa PERUBAHAN itu dilakukan.......


Maka....aku menggunakan imbuhan BER, DI dan TER...bagi mengungkaikan persoalan ini...


BER....kerana telah mendapat hidayah dari ALLAH S.W.T ( / )
Alhamdullilah, jika perubahan yang dilakukan atas nama ALLAH S.W.T.


BER...kerana mengikut orang lain ( / )
Bukan cepat untuk menghukum, tetapi terdapat yang berubah kerana dasar ini...Namun, sedikit sebanyak ia telah mendekatkan dirinya dengan ALLAH S.W.T...


BER...kerana ingin memiliki sesuatu ( / )
Kita mungkin berubah apabila kita berada dalam keadaan tertekan dengan persekitaran yang kita hadapi. Peperiksaan, Interview, CINTA, Kerja adalah faktor yang menyebabkab kita berubah...Kita akan mula sembahyang siang dan malam demi untuk sesuatu yang kita ingini...Alhamdullilah kita mendekatkan diri dengan ALLAH..tetapi sayangnya SELEPAS KITA MEMILIKI SESUATU, KITA LUPA SESUATU....


BER...kerana telah terjadi sesuatu ( / )
Perubahan seperti ini turut berlaku,,sekiranya perubahan atas dasar ini kekal,perubahan ini yang dikatakan hikmah di sebalik kejadian..kita akan berubah apabila berlaku kematian, kita akan berubah apabila berlaku kecelakaan....tetapi apakah erti perubahan itu? untuk apa perubahan itu? untuk siapa perubahan itu? Pun tidak mengapa, setidak-tidaknya kita setapak ke hadapan dan mendekatkan diri dengan ALLAH S.W.T...


Wassalam...


p/s: nantikan untuk siri ke-2....hehehe

No comments:

Post a Comment