Friday, February 24, 2012

::BERubah Ataupun DIubah Atau TERubah

Assalamualaikum W.B.T & Salam Ukhwah....


Terpanggil aku untuk berkongsi rasa hati dari pelusuk hati dilayar usang ini. Setelah sekian lama, membiarkan dirinya sendirian, akhirnya aku kembali dengan sebuah perkongsian buat kita bersama. Walaupun aku punya seribu cerita untuk dikongsi tetapi aku lebih berminat untuk berkongsi akan rasa ini, biarlah cerita ini akan menjadi bahan cacian, bahan hinaan ataupun bahan terbuang tetapi aku tetap berpendirian "INI RASA AKU".....


BERubah..DIubah...TERubah...


Tahniah kepada mereka yang telah berhijrah,,bukan berhijrah dari RUMAH ke HOTEL, dari KG ke BANDAR...tp berpindah dari HATI ke HATI...Alhamdullilah..semoga perubahan itu dirahmati...


Apa yang ingin aku ingin perihalkan adalah PERUBAHAN dari SIFAT berkelas F menjadi SIFAT berkelas A...bukan perubahan itu yang menjadi pokok persoalan tetapi KENAPA? MENGAPA?...kenapa apa? mengapa apa? mengapa PERUBAHAN itu dilakukan.......


Maka....aku menggunakan imbuhan BER, DI dan TER...bagi mengungkaikan persoalan ini...


BER....kerana telah mendapat hidayah dari ALLAH S.W.T ( / )
Alhamdullilah, jika perubahan yang dilakukan atas nama ALLAH S.W.T.


BER...kerana mengikut orang lain ( / )
Bukan cepat untuk menghukum, tetapi terdapat yang berubah kerana dasar ini...Namun, sedikit sebanyak ia telah mendekatkan dirinya dengan ALLAH S.W.T...


BER...kerana ingin memiliki sesuatu ( / )
Kita mungkin berubah apabila kita berada dalam keadaan tertekan dengan persekitaran yang kita hadapi. Peperiksaan, Interview, CINTA, Kerja adalah faktor yang menyebabkab kita berubah...Kita akan mula sembahyang siang dan malam demi untuk sesuatu yang kita ingini...Alhamdullilah kita mendekatkan diri dengan ALLAH..tetapi sayangnya SELEPAS KITA MEMILIKI SESUATU, KITA LUPA SESUATU....


BER...kerana telah terjadi sesuatu ( / )
Perubahan seperti ini turut berlaku,,sekiranya perubahan atas dasar ini kekal,perubahan ini yang dikatakan hikmah di sebalik kejadian..kita akan berubah apabila berlaku kematian, kita akan berubah apabila berlaku kecelakaan....tetapi apakah erti perubahan itu? untuk apa perubahan itu? untuk siapa perubahan itu? Pun tidak mengapa, setidak-tidaknya kita setapak ke hadapan dan mendekatkan diri dengan ALLAH S.W.T...


Wassalam...


p/s: nantikan untuk siri ke-2....hehehe

Monday, December 19, 2011

Perjuangan ataupun Pengorbanan....

Assalamualaikum w.b.t...salam aspirasi minda beritma...

Terpanggil saya selagi untuk mengarang dan mengisi ruang waktu dilaman usang ini...mungkin sebagai peringatan buat diri ini..mungkin buat mereka yang sudi mengisi ruang waktu untuk melayari dan mendalami idea di ruangan ini...

Pokok persoalan : Apa sudah jadi???
Topik perbualan : Akademik ataupun politik???
Sub-Topik perbincangan : Kuasa apa yang ingin dibuktikan??
Kesimpulan : wajarkah tindakan ini...

Kuasa pemuda & kuasa akademik..Kedengaran agak ilmiah bila kita melihat kepada definisi dan kata kunci perjuangan mereka ini,namun begitu apabila direnung dan ditilik mengenai tindakan yang dilakukan, tiada lagi ilmiahnya yang tinggi hanyalah PARAH!!! PARAH dengan perjuangan yang dipolimikkan sebagai perjuangan menuntut bela, perjuangan menuntut hak..padahal, menuntut ilmu pun tak habis lagi...tapi sangat berkorbar2 untuk MENUNTUT hak kepada orang lain.Terima kasih kerana sudi MENUNTUT hak kepada siswa/i ISMP untuk dipostingkan..tetapi ini bukan caranya...
bukan tidak mengHARGAI tetapi GELI HATI...GELI HATI dengan tindakan yang dianggap bijak padahal tindakan itu HAPRAK...HAPRAK dengan ideologi keanak-anakkan, dengan ideologi yang menjatuhkan martabat golongan akademik...

Saya tidak menolak hak berpolitik,,tapi masanya belum tiba,,,tunggulah sehingga masanya tiba,,dan goncanglah dunia..goncanglah MALAYSIA dengan AIR LIUR yang ada....tiada siapa yang akan mempertikaikan lagi...TUNTUTlah apa yang ingin dituntut....


Buat mereka2....aku juga pembangkang, pembangkang mereka yang suka membangkang...

Tinta : Nampak MACAM cerdik tapi macam ja la.....padahal B*****NG...

Ucapan:minta maaf, dengan keterlanjuran...

Ingatan : Berhenti sebelum anda diberhentikan...

Konklusi : Tuntut ILMU dulu baru tuntut BELA....

Akhir Kata : Air LIUR punya BISA, tapi BISA AIR Liur Ular....

Monday, November 28, 2011

Apa ada dengan 'A'

Assalamualaikum & Selamat pagi semua...so, baca la blog nie pada waktu pagi....

Tak tau mengapa...entri sebegini menjadi modal pada pagi ini..tertiba ja nk post entri yang sebegini bunyinya...tapi mungkin ada beberapa indikator yang menjadi punca entri ini dipilih sebagai entri hari ini....antaranya adalah : 
*mungkin sebab adik aku, dok mbek SPM kot...(adik betoi aku tau, bukan adik2)

*mungkin sebab result UPSR dah keluar kot....(apa kaitan ngan aku:-)

*Mungkin students2 aku mbek STPM & SPM kot....(Clifford Skull K.K)

*Mungkin aku dah tak payah mbek exam dah kot....(aku suka exam,siyes2...)

*Mungkin aku dikelilingin oleh mereka yang bergelar pelajar (pergh, fact bukan auta)

tak kisah apa puncanya..tetapi entri ini tetap kan ditruskn sehingga penghujungnya...
aku nk straight je, dont belok2...


Aku melihat bahawa martabat A terlalu diagung2kan sehinggakan dalam kalangan pelajar, siswa/i sanggup melakukan apa sahaja untuk itu...apa sahaja yang aku maksudkan ini  dari aspek negatif...

Sekiranya, menggunakan jalan yg betul, baguslah...kerana anda memang nk A tuh..dan cara yang digunakan jugak A maka A itu baru dikatakan berkat dan anda layak untuk memiliki A itu..tapi yang masalahnya adalah....nk A, tapi cara yang digunakan E....masalahnya yang akan timbul adalah di kemudian hari, dimana nilai A diperkotak-katikkan dan menjadi mainan dengan kualiti pelajar & siswa/i yang dihasilkan....aku nak klasifikasikan,,Gred A cara E..antaranya adalah:

* Kesalahan akademik yang melampau,,klu stakat copy-paste cket2..ok la..jgn la sampai lebih2...cket2 pn dah kira salah..inikan lebey2...tp tuh la, AAK...hentam ja...jnji A...

*Mengampu, mengambil kesempatan, menggoda & sama waktu dengannya...sinonom denga gurls...selalu sngt cm gini, menggunakan kelebihan yang ada pada diri dan body untuk dapat A..nie bukan kursus GRO la...laen la kursus GRO, ikut suka korg la...tapi A punya pasal, body pun body la...

*Menjadi parasit yang melampau...parasit  nie bukan bahaya pada pokok..tapi bahaya pada semua...sebab klu parasit biasanya menyusahkan pokok saja, tapi parasit kali nie merosakkan semua...semua tu termasuklah pokok, manusia, ikan, banggunan..(depend on course die mbek la)...tp parasit nie buat muka tak kisah ja...jnji keja siap, aku dapat A..bnyk la ko punya A...boleh jalan la der...

Yg tersenarai diatas adalah cara2ny...tapi ada lagi cara yang digunakan demi A itu...

Aku rasa, cukup la dulu...entri nie..semoga aku, saya, ana, mie, m-heei, Mohamad Hamimi, P.cik tidak tergolong dalam golongan macam tuh..kerana aku menCINTAI akademik seiring dengan menyintai maruahku....InsyaALLAH...

p/s..maap klu yg baca terasa, yg melihat sakit hati...

Monday, November 14, 2011

Secubit Garam Di dalam Gula

Assalamualaikum W.B.T dan salam gula & garam...


Alhamdulillah, Ku panjatkan rasa kesyukuran kepada RabulIzzati kerana memberi kesempatan kepada hambaMU ini untuk menitipkan kata membuahkan bicara dalam ruangan ini. Setelah sekian lama, ruang legar ini sepi tanpa coretan, kekuatan terzahir akhirnya sehinggakan tercoret cerita sekiranya anda terus membaca.


Coretan kali ini, ku kira agak beremosi memandangkan di kala ini dunia penuh beremosi dengan ceritatera perasaan, hati dan mental toughness. Namun begitu, coretan emosi ini tiada kaitan dengan YUNA dengan AIM baru-baru ini, juga tiada kaitan dengan NAJWA LATIF dengan CINTA MUKA BUKUnya tetapi cerita ini adalah mengenai AKU...(tengok, sume dah bt muka boring)...mengenai AKU memandangkan nie kn blog aku...tetapi aku dengan cerita-cerita di sekelilingku....


Terpanggil aku untuk melontarkan buah bicara aku, memandangkan kita berhak untuk bersuara selaras dengan Perlembagan Perkara 10 iaitu Hak dan Kebebasan Bersuara...maka jari kasar aku, akan terus menari untuk meluahkan idea dan ketidak puasan hati mengenai beberapa perkara. Namun harus di ingat,,,aku BUKAN ORTODOKS tepai aku adalah aku....


MATA, TELINGA dan AKAL aku terus disua dengan isu POSTING...Ku kira semua tau mengenai isu ini. Sehingga dalam kalangan mereka mengeluarkan kata-kata nista, kata-kata penuh kehinaan kepada pihak-pihak tertentu. Itu belum dikira mengenai MAKIAN MAZHAB BEGINNER dan TUDUHAN LEVEL 1 yang bermain dimulut CIKGU yang bakal menjadi nadi kepada masa depan negara. Aku tidak menunding jari, menyalahkan mereka dek kerana kekusutan berlaku tetapi yang menjadi persoalannya layakkah kita untuk menjadi PENDIDIK dengan MAKIAN menjadi sarapan pagi, FITNAH menjadi makan tengah hari dan TUDUHAN menjadi makan malam??? Layakkah kita???


Cereblum aku merasakan bahawa isu ini bukan satu omongan daripada pihak kerajaan tetapi kerajaan mahupun kementerian mempunyai signifikan mengapa langkah memberi penempatan kepada GSTT.Tidak boleh tidak, kita terpaksa menelan ini semua kerana kuasa dan strategi kementerian adalah hak dan autonomi mereka dan kita sebagai rakyat harus bersedia dengan sebarang kemungkinan. Kementerian tidak pernah menjanjikan apa-apa kepada kita semasa mengambil kita sebagai graduan ISMP (klu tak percaya tengok surat tawaran masuk U)...oleh itu, mengapa kita ingin MENYALAK PADA BUKIT,,kerana sudah pasti kuasa kita tidak seberapa. tetapi yang lebih baik kita mencari alternatif yang lebih rasional dan proaktif...tidak hanya menunggu, tidak hanya menyalahkan orang lain....


Isu ini tidak akan mencecah garisan penamat,, tapi aku ingin tamatkan coretan ini....tetapi aku cuba melakarkan kata-kata buat diri aku dan mereka seperti aku...


....Memaksa Atau Terpaksa....

Langkah berduri telah dilalui...
Ada sumbang, ada gemilang...
Tiba dihujung dengan harapan....
Untuk berbakti di gelap malam
Memberi sinar kepada kehidupan

tapi kini...
semangat kian hilang..
senyuman tiada warna...
cerita hilang tanpa rasa
Lidah kelu tanpa suara
mati sebelum usia

tapi ingat...
berpijak di bumi yang nyata
rezeki ada disini sana
berlari dan berjalan mencarinya
bukan hanya duduk dan berdoa
tawakkal kita berdoa semua
hanya yang terbaik dariNYA
buka mata buka minda

wassalam...

Tuesday, August 23, 2011

Saja nk post jer....

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Ramadan Al-Mubarak....

detik satu syawal tinggal beberapa hari lagi....
maka bulan Ramadan penuh barakah akan pergi meninggalkan kita...

entah bila akan bersua kembali....
hanya ALLAH jua yang mengetahuiNYA....
dalam keberkatan bulan Ramadan...
masih terdengar cerita duka lara...
dalam kemeriahan Syawal...

masih terlakar cerita mengisi halwa telinga...
bukan menolak segala cerita....
tetapi terasa ingin berkongsi dengan semua...
bukan ingin menyatakan segala rasa....
tapi hanya meluahkan rasa di dada...
bukan ingin membuka pekung di dada..
tetapi hanya menitikkan tinta sedunia...

aduih...skema gila...
tak da la...
sepanjang Ramadan kali ini...
aku dengar macam2 cerita...
bukan ingin katakan aku dengar cerita fitnah...
sehinggah ada yang BOLEH menyatakan aku tak puasa telinga...
tapi cerita datang dari sumber primier...
dan...
yang pastinya ianya bukan cerita tidak manis didengar...
manis didengar tetapi perit yang terasa....
cerita yang dapat mematangkan aku sebagai KHALIFAH di muka bumi ALLAH....
aku tidak akn mencoretkan cerita yang ternyata membuatkan otak aku berfikir...
kerana aku memang suka berfikir..(cari pasal serabutkan otak)...
kerana bagiku berfikir dapat mengaktifkan sel otak...
maka aku akan luahkan kata2 ini hanya dengan...
pepatah yang telah ku gubah menjadi madah..

selamat membaca.....

Sepandai2 tupai melompat tak pernah wakil MASUM pun....

Harus diingat, apa yang kita lakukan tak selamanya akan selamat...masanya yang akan membuktikan siapa kita yang sebenarnya.....

Harapkan pagar, pagar mana boleh makan padi....

Kita kena tahu bahawa, sekiranya kita dipertanggungjawabkan dengan sesuatu maka jalankan lag t/jawab itu dengan selayaknya ia perlu dijalankan...kerana ia telah menjadi t/jawab kita untuk menjalankan t/jawab itu...

Lidah lagikan tergigit, inikan kalau pakai braces...

Pasti ada berlaku sedikit kucar kacir, kemelut & sama waktu dengannya....cuma yang akan membezakan kucar kacir itu dengan kemelut ini adalah bagaimana cara kita mengatasinya...hendak tak hendak, terima dengan hati terbuka & fikir cara atasinya.....

Nasi sudah menjadi bubur, bubur lambuk ka???

Apabila terjadi sesuatu yang kita tidak ingini maka, inginkan la ia...benda dah lepas pun, tak guna menangis air mata bertimba2...atau meraung macam Ning Baizura...tp...ingat sesuatu yang terjadi tidak akan terjadi melainkan telah ditetapkan olehNYA ia akan terjadi....be positive, be creative...
positive dengan apa yang telah berlaku, creative untuk selesaikan masalah tuh...

dah2...
bnyk dah  aku rosakkan bahasa....
akhir kata dari blog ini... 
aku ingin mengucapkan....





Saturday, August 13, 2011

TerKonvo Jugak AkhirNya...

Salam Ramadhan...
TIGA BELAS bulan kemerdekaan tahun dua ribu sebelas bersamaan dengan TIGA BELAS bulan Ramadhan Al-Mubarak empat belas tiga puluh dua hijrah...bersamaan hari ini..hari aku mengupdate blog nie...
Baru skrunk aku terpanggil untuk membersihkan segala mcm debu2 di laman nie...laman rumah pn tak cuci, sibuk ja cuci blog...arghh,,lantak la...

nie kisah lama la..
biar la...saje ja!! nk kongsi...
kisah aku konvo..
aku dah abesh blajar kat UPSI..
tp Tak abesh agi blajar kat dunia nie..
kerana belajar bukan untuk dunia..tapi belajar juga untuk akhirat!! maka...
tak salah rasanya...kata2 pujanggaku...

BELAJAR LAH SAMPAI LUBANG CACING...


Alhamdulillah...
pada jam dan ketikanya,,aku ditakdirkan untuk konvo...
maka berjalanlah aku dari AUDI ke SITC...
ditemani bunga2 indah....
dihiasi kerlipan kamera yang tidak sudah....
aku menapak ke SITC...

menapak ke dunia baru.....

MOHAMAD HAMIMI MAJID...
dah panggil pn nama aku..
maka aku pun naek...
pergh...cukup skema..tak pernah aku seSKEMA itu...
berjalan dengan senyuman....
tunduk dengan senyuman...
segalanya dengan senyuman....

 untuk berjaya, ianya bermula dari langkah yg pertama...

 terima kasih daun keladi...3 4 tahun naek stage lagi...insyaALLAH..

akhirnya....
ianya menjadi milik aku...
jadinya berakhirlah kisah ini...


Ribuan terima kasih ibu dan dan ayah..
En.Majid Bin Yahaya dan isterinya Tijah Bt Mahmad (mak aku la isteri ayah aku tuh)...
kakanda, adinda, rakan2da,...
tidak lupa jugga...
teristimewa buat ....
Ayahanda dan ibunda di FSSKj....
Mama dan papa di UPSI...
Terima Kasih semua...
kerana kalian...

 untuk mereka2 yg menjadi tulang, saraf, kulit & otot kepada kejayaan ini...

terima kasih kepada mereka yang menjadi mata dan telingaku di bumi UPSI.. 

kejayaan ini milik semua.....
AKU 
BERGELAR
ALUMNI SULUH BUDIMAN....






Wednesday, July 20, 2011

CINTA itu Buta,,,

Assalamualaikum w.b.t....Salam 1Malaysia...
kembali bertemu di ruangan penuh kekalutan...
menghampar idea buat renungan,,,
menyidai kata2 buat pedoman....
menabur bicara buat pegangan....
dan yang paling penting.....
membazir masa buat sekian kalinya...
bukan membazir la....
tak rasa membazir pon...

Saudara-saudariku...
Pada hari yang bertuah ini, saya terpanggil untuk berkongsi sedikit rasa di jiwa..melontarkan kata buat semua...(mcm bgus ja ayat)....tak da2...sedey cket la topik kali nie...nie sume pasal CINTA...nie sume pasal JANTAN dan BETINA....nie sume pasal MEREKA....siapakah MEREKA itu?? adakah team bola HARIMAU MALAYA?? adakah team bola CHELSEA?? semuanya kerana MEREKA..MEREKA yang berada di sini dan disana....Dimana?? dimana2 sahaja.....
nantikan......

Tiada apa la....aku nk bersok sek sok sek...pasal kes.....



CINTA...
.bila CINTA..CINTA sesama manusia....
bila sesama manusia ...berlainan JANTINA...
bila BERLAINAN JANTINA ...mesti ada JANTAN dan BETINA...
bila JANTAN dan BETINA...kita MUDAH LUPA....
bila MUDAH LUPA....pasti ada yang HILANG DARA...
bila HILANG DARA.....ada anak tak TAK DA BAPA...
Bila TAK DA BAPA...buang sini BUANG SANA...
bila BUANG SANA.....anak luar nikah SINI SANA...
bila SINI SANA...kita tutup hidung TUTUP TELINGA...
bila TUTUP TELINGA..tak dengar APA-APA....
bila tak dengar APA-APA...esk KES BARU ADA...
Bila KES BARU ADA....macam tu juga...
bila mcam tu juga...apa nak jadi dengan DUNIA????

 gambar terpilih....mcm2 ada,,,tppic nie yg menjadi pilihan.....

hurm....
bagi mereka yang sedang bercinta...
teruskan la...
tetapi ingat...CINTA ITU BUTA....
tidak kenal DOSA PAHALA...
hanya cinta pada-NYA kekal SELAMANYA...

biar kita sepi tanpa CINTA MANUSIA,jgn tandus dari CINTANYA..
renung dan fikir2kan..



CINTA.......milik semua,,,

p/s : setitik nota hitam.....