Monday, December 19, 2011

Perjuangan ataupun Pengorbanan....

Assalamualaikum w.b.t...salam aspirasi minda beritma...

Terpanggil saya selagi untuk mengarang dan mengisi ruang waktu dilaman usang ini...mungkin sebagai peringatan buat diri ini..mungkin buat mereka yang sudi mengisi ruang waktu untuk melayari dan mendalami idea di ruangan ini...

Pokok persoalan : Apa sudah jadi???
Topik perbualan : Akademik ataupun politik???
Sub-Topik perbincangan : Kuasa apa yang ingin dibuktikan??
Kesimpulan : wajarkah tindakan ini...

Kuasa pemuda & kuasa akademik..Kedengaran agak ilmiah bila kita melihat kepada definisi dan kata kunci perjuangan mereka ini,namun begitu apabila direnung dan ditilik mengenai tindakan yang dilakukan, tiada lagi ilmiahnya yang tinggi hanyalah PARAH!!! PARAH dengan perjuangan yang dipolimikkan sebagai perjuangan menuntut bela, perjuangan menuntut hak..padahal, menuntut ilmu pun tak habis lagi...tapi sangat berkorbar2 untuk MENUNTUT hak kepada orang lain.Terima kasih kerana sudi MENUNTUT hak kepada siswa/i ISMP untuk dipostingkan..tetapi ini bukan caranya...
bukan tidak mengHARGAI tetapi GELI HATI...GELI HATI dengan tindakan yang dianggap bijak padahal tindakan itu HAPRAK...HAPRAK dengan ideologi keanak-anakkan, dengan ideologi yang menjatuhkan martabat golongan akademik...

Saya tidak menolak hak berpolitik,,tapi masanya belum tiba,,,tunggulah sehingga masanya tiba,,dan goncanglah dunia..goncanglah MALAYSIA dengan AIR LIUR yang ada....tiada siapa yang akan mempertikaikan lagi...TUNTUTlah apa yang ingin dituntut....


Buat mereka2....aku juga pembangkang, pembangkang mereka yang suka membangkang...

Tinta : Nampak MACAM cerdik tapi macam ja la.....padahal B*****NG...

Ucapan:minta maaf, dengan keterlanjuran...

Ingatan : Berhenti sebelum anda diberhentikan...

Konklusi : Tuntut ILMU dulu baru tuntut BELA....

Akhir Kata : Air LIUR punya BISA, tapi BISA AIR Liur Ular....

Monday, November 28, 2011

Apa ada dengan 'A'

Assalamualaikum & Selamat pagi semua...so, baca la blog nie pada waktu pagi....

Tak tau mengapa...entri sebegini menjadi modal pada pagi ini..tertiba ja nk post entri yang sebegini bunyinya...tapi mungkin ada beberapa indikator yang menjadi punca entri ini dipilih sebagai entri hari ini....antaranya adalah : 
*mungkin sebab adik aku, dok mbek SPM kot...(adik betoi aku tau, bukan adik2)

*mungkin sebab result UPSR dah keluar kot....(apa kaitan ngan aku:-)

*Mungkin students2 aku mbek STPM & SPM kot....(Clifford Skull K.K)

*Mungkin aku dah tak payah mbek exam dah kot....(aku suka exam,siyes2...)

*Mungkin aku dikelilingin oleh mereka yang bergelar pelajar (pergh, fact bukan auta)

tak kisah apa puncanya..tetapi entri ini tetap kan ditruskn sehingga penghujungnya...
aku nk straight je, dont belok2...


Aku melihat bahawa martabat A terlalu diagung2kan sehinggakan dalam kalangan pelajar, siswa/i sanggup melakukan apa sahaja untuk itu...apa sahaja yang aku maksudkan ini  dari aspek negatif...

Sekiranya, menggunakan jalan yg betul, baguslah...kerana anda memang nk A tuh..dan cara yang digunakan jugak A maka A itu baru dikatakan berkat dan anda layak untuk memiliki A itu..tapi yang masalahnya adalah....nk A, tapi cara yang digunakan E....masalahnya yang akan timbul adalah di kemudian hari, dimana nilai A diperkotak-katikkan dan menjadi mainan dengan kualiti pelajar & siswa/i yang dihasilkan....aku nak klasifikasikan,,Gred A cara E..antaranya adalah:

* Kesalahan akademik yang melampau,,klu stakat copy-paste cket2..ok la..jgn la sampai lebih2...cket2 pn dah kira salah..inikan lebey2...tp tuh la, AAK...hentam ja...jnji A...

*Mengampu, mengambil kesempatan, menggoda & sama waktu dengannya...sinonom denga gurls...selalu sngt cm gini, menggunakan kelebihan yang ada pada diri dan body untuk dapat A..nie bukan kursus GRO la...laen la kursus GRO, ikut suka korg la...tapi A punya pasal, body pun body la...

*Menjadi parasit yang melampau...parasit  nie bukan bahaya pada pokok..tapi bahaya pada semua...sebab klu parasit biasanya menyusahkan pokok saja, tapi parasit kali nie merosakkan semua...semua tu termasuklah pokok, manusia, ikan, banggunan..(depend on course die mbek la)...tp parasit nie buat muka tak kisah ja...jnji keja siap, aku dapat A..bnyk la ko punya A...boleh jalan la der...

Yg tersenarai diatas adalah cara2ny...tapi ada lagi cara yang digunakan demi A itu...

Aku rasa, cukup la dulu...entri nie..semoga aku, saya, ana, mie, m-heei, Mohamad Hamimi, P.cik tidak tergolong dalam golongan macam tuh..kerana aku menCINTAI akademik seiring dengan menyintai maruahku....InsyaALLAH...

p/s..maap klu yg baca terasa, yg melihat sakit hati...

Monday, November 14, 2011

Secubit Garam Di dalam Gula

Assalamualaikum W.B.T dan salam gula & garam...


Alhamdulillah, Ku panjatkan rasa kesyukuran kepada RabulIzzati kerana memberi kesempatan kepada hambaMU ini untuk menitipkan kata membuahkan bicara dalam ruangan ini. Setelah sekian lama, ruang legar ini sepi tanpa coretan, kekuatan terzahir akhirnya sehinggakan tercoret cerita sekiranya anda terus membaca.


Coretan kali ini, ku kira agak beremosi memandangkan di kala ini dunia penuh beremosi dengan ceritatera perasaan, hati dan mental toughness. Namun begitu, coretan emosi ini tiada kaitan dengan YUNA dengan AIM baru-baru ini, juga tiada kaitan dengan NAJWA LATIF dengan CINTA MUKA BUKUnya tetapi cerita ini adalah mengenai AKU...(tengok, sume dah bt muka boring)...mengenai AKU memandangkan nie kn blog aku...tetapi aku dengan cerita-cerita di sekelilingku....


Terpanggil aku untuk melontarkan buah bicara aku, memandangkan kita berhak untuk bersuara selaras dengan Perlembagan Perkara 10 iaitu Hak dan Kebebasan Bersuara...maka jari kasar aku, akan terus menari untuk meluahkan idea dan ketidak puasan hati mengenai beberapa perkara. Namun harus di ingat,,,aku BUKAN ORTODOKS tepai aku adalah aku....


MATA, TELINGA dan AKAL aku terus disua dengan isu POSTING...Ku kira semua tau mengenai isu ini. Sehingga dalam kalangan mereka mengeluarkan kata-kata nista, kata-kata penuh kehinaan kepada pihak-pihak tertentu. Itu belum dikira mengenai MAKIAN MAZHAB BEGINNER dan TUDUHAN LEVEL 1 yang bermain dimulut CIKGU yang bakal menjadi nadi kepada masa depan negara. Aku tidak menunding jari, menyalahkan mereka dek kerana kekusutan berlaku tetapi yang menjadi persoalannya layakkah kita untuk menjadi PENDIDIK dengan MAKIAN menjadi sarapan pagi, FITNAH menjadi makan tengah hari dan TUDUHAN menjadi makan malam??? Layakkah kita???


Cereblum aku merasakan bahawa isu ini bukan satu omongan daripada pihak kerajaan tetapi kerajaan mahupun kementerian mempunyai signifikan mengapa langkah memberi penempatan kepada GSTT.Tidak boleh tidak, kita terpaksa menelan ini semua kerana kuasa dan strategi kementerian adalah hak dan autonomi mereka dan kita sebagai rakyat harus bersedia dengan sebarang kemungkinan. Kementerian tidak pernah menjanjikan apa-apa kepada kita semasa mengambil kita sebagai graduan ISMP (klu tak percaya tengok surat tawaran masuk U)...oleh itu, mengapa kita ingin MENYALAK PADA BUKIT,,kerana sudah pasti kuasa kita tidak seberapa. tetapi yang lebih baik kita mencari alternatif yang lebih rasional dan proaktif...tidak hanya menunggu, tidak hanya menyalahkan orang lain....


Isu ini tidak akan mencecah garisan penamat,, tapi aku ingin tamatkan coretan ini....tetapi aku cuba melakarkan kata-kata buat diri aku dan mereka seperti aku...


....Memaksa Atau Terpaksa....

Langkah berduri telah dilalui...
Ada sumbang, ada gemilang...
Tiba dihujung dengan harapan....
Untuk berbakti di gelap malam
Memberi sinar kepada kehidupan

tapi kini...
semangat kian hilang..
senyuman tiada warna...
cerita hilang tanpa rasa
Lidah kelu tanpa suara
mati sebelum usia

tapi ingat...
berpijak di bumi yang nyata
rezeki ada disini sana
berlari dan berjalan mencarinya
bukan hanya duduk dan berdoa
tawakkal kita berdoa semua
hanya yang terbaik dariNYA
buka mata buka minda

wassalam...

Tuesday, August 23, 2011

Saja nk post jer....

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Ramadan Al-Mubarak....

detik satu syawal tinggal beberapa hari lagi....
maka bulan Ramadan penuh barakah akan pergi meninggalkan kita...

entah bila akan bersua kembali....
hanya ALLAH jua yang mengetahuiNYA....
dalam keberkatan bulan Ramadan...
masih terdengar cerita duka lara...
dalam kemeriahan Syawal...

masih terlakar cerita mengisi halwa telinga...
bukan menolak segala cerita....
tetapi terasa ingin berkongsi dengan semua...
bukan ingin menyatakan segala rasa....
tapi hanya meluahkan rasa di dada...
bukan ingin membuka pekung di dada..
tetapi hanya menitikkan tinta sedunia...

aduih...skema gila...
tak da la...
sepanjang Ramadan kali ini...
aku dengar macam2 cerita...
bukan ingin katakan aku dengar cerita fitnah...
sehinggah ada yang BOLEH menyatakan aku tak puasa telinga...
tapi cerita datang dari sumber primier...
dan...
yang pastinya ianya bukan cerita tidak manis didengar...
manis didengar tetapi perit yang terasa....
cerita yang dapat mematangkan aku sebagai KHALIFAH di muka bumi ALLAH....
aku tidak akn mencoretkan cerita yang ternyata membuatkan otak aku berfikir...
kerana aku memang suka berfikir..(cari pasal serabutkan otak)...
kerana bagiku berfikir dapat mengaktifkan sel otak...
maka aku akan luahkan kata2 ini hanya dengan...
pepatah yang telah ku gubah menjadi madah..

selamat membaca.....

Sepandai2 tupai melompat tak pernah wakil MASUM pun....

Harus diingat, apa yang kita lakukan tak selamanya akan selamat...masanya yang akan membuktikan siapa kita yang sebenarnya.....

Harapkan pagar, pagar mana boleh makan padi....

Kita kena tahu bahawa, sekiranya kita dipertanggungjawabkan dengan sesuatu maka jalankan lag t/jawab itu dengan selayaknya ia perlu dijalankan...kerana ia telah menjadi t/jawab kita untuk menjalankan t/jawab itu...

Lidah lagikan tergigit, inikan kalau pakai braces...

Pasti ada berlaku sedikit kucar kacir, kemelut & sama waktu dengannya....cuma yang akan membezakan kucar kacir itu dengan kemelut ini adalah bagaimana cara kita mengatasinya...hendak tak hendak, terima dengan hati terbuka & fikir cara atasinya.....

Nasi sudah menjadi bubur, bubur lambuk ka???

Apabila terjadi sesuatu yang kita tidak ingini maka, inginkan la ia...benda dah lepas pun, tak guna menangis air mata bertimba2...atau meraung macam Ning Baizura...tp...ingat sesuatu yang terjadi tidak akan terjadi melainkan telah ditetapkan olehNYA ia akan terjadi....be positive, be creative...
positive dengan apa yang telah berlaku, creative untuk selesaikan masalah tuh...

dah2...
bnyk dah  aku rosakkan bahasa....
akhir kata dari blog ini... 
aku ingin mengucapkan....





Saturday, August 13, 2011

TerKonvo Jugak AkhirNya...

Salam Ramadhan...
TIGA BELAS bulan kemerdekaan tahun dua ribu sebelas bersamaan dengan TIGA BELAS bulan Ramadhan Al-Mubarak empat belas tiga puluh dua hijrah...bersamaan hari ini..hari aku mengupdate blog nie...
Baru skrunk aku terpanggil untuk membersihkan segala mcm debu2 di laman nie...laman rumah pn tak cuci, sibuk ja cuci blog...arghh,,lantak la...

nie kisah lama la..
biar la...saje ja!! nk kongsi...
kisah aku konvo..
aku dah abesh blajar kat UPSI..
tp Tak abesh agi blajar kat dunia nie..
kerana belajar bukan untuk dunia..tapi belajar juga untuk akhirat!! maka...
tak salah rasanya...kata2 pujanggaku...

BELAJAR LAH SAMPAI LUBANG CACING...


Alhamdulillah...
pada jam dan ketikanya,,aku ditakdirkan untuk konvo...
maka berjalanlah aku dari AUDI ke SITC...
ditemani bunga2 indah....
dihiasi kerlipan kamera yang tidak sudah....
aku menapak ke SITC...

menapak ke dunia baru.....

MOHAMAD HAMIMI MAJID...
dah panggil pn nama aku..
maka aku pun naek...
pergh...cukup skema..tak pernah aku seSKEMA itu...
berjalan dengan senyuman....
tunduk dengan senyuman...
segalanya dengan senyuman....

 untuk berjaya, ianya bermula dari langkah yg pertama...

 terima kasih daun keladi...3 4 tahun naek stage lagi...insyaALLAH..

akhirnya....
ianya menjadi milik aku...
jadinya berakhirlah kisah ini...


Ribuan terima kasih ibu dan dan ayah..
En.Majid Bin Yahaya dan isterinya Tijah Bt Mahmad (mak aku la isteri ayah aku tuh)...
kakanda, adinda, rakan2da,...
tidak lupa jugga...
teristimewa buat ....
Ayahanda dan ibunda di FSSKj....
Mama dan papa di UPSI...
Terima Kasih semua...
kerana kalian...

 untuk mereka2 yg menjadi tulang, saraf, kulit & otot kepada kejayaan ini...

terima kasih kepada mereka yang menjadi mata dan telingaku di bumi UPSI.. 

kejayaan ini milik semua.....
AKU 
BERGELAR
ALUMNI SULUH BUDIMAN....






Wednesday, July 20, 2011

CINTA itu Buta,,,

Assalamualaikum w.b.t....Salam 1Malaysia...
kembali bertemu di ruangan penuh kekalutan...
menghampar idea buat renungan,,,
menyidai kata2 buat pedoman....
menabur bicara buat pegangan....
dan yang paling penting.....
membazir masa buat sekian kalinya...
bukan membazir la....
tak rasa membazir pon...

Saudara-saudariku...
Pada hari yang bertuah ini, saya terpanggil untuk berkongsi sedikit rasa di jiwa..melontarkan kata buat semua...(mcm bgus ja ayat)....tak da2...sedey cket la topik kali nie...nie sume pasal CINTA...nie sume pasal JANTAN dan BETINA....nie sume pasal MEREKA....siapakah MEREKA itu?? adakah team bola HARIMAU MALAYA?? adakah team bola CHELSEA?? semuanya kerana MEREKA..MEREKA yang berada di sini dan disana....Dimana?? dimana2 sahaja.....
nantikan......

Tiada apa la....aku nk bersok sek sok sek...pasal kes.....



CINTA...
.bila CINTA..CINTA sesama manusia....
bila sesama manusia ...berlainan JANTINA...
bila BERLAINAN JANTINA ...mesti ada JANTAN dan BETINA...
bila JANTAN dan BETINA...kita MUDAH LUPA....
bila MUDAH LUPA....pasti ada yang HILANG DARA...
bila HILANG DARA.....ada anak tak TAK DA BAPA...
Bila TAK DA BAPA...buang sini BUANG SANA...
bila BUANG SANA.....anak luar nikah SINI SANA...
bila SINI SANA...kita tutup hidung TUTUP TELINGA...
bila TUTUP TELINGA..tak dengar APA-APA....
bila tak dengar APA-APA...esk KES BARU ADA...
Bila KES BARU ADA....macam tu juga...
bila mcam tu juga...apa nak jadi dengan DUNIA????

 gambar terpilih....mcm2 ada,,,tppic nie yg menjadi pilihan.....

hurm....
bagi mereka yang sedang bercinta...
teruskan la...
tetapi ingat...CINTA ITU BUTA....
tidak kenal DOSA PAHALA...
hanya cinta pada-NYA kekal SELAMANYA...

biar kita sepi tanpa CINTA MANUSIA,jgn tandus dari CINTANYA..
renung dan fikir2kan..



CINTA.......milik semua,,,

p/s : setitik nota hitam.....

Tuesday, July 19, 2011

KAWAN aku ke LAWAN aku...

assalamualaikum buat mereka yg terbaca entry nie...
aku dh kembali kepada habits aku...
mula memBLOGkan diri...
hurm...
kali nie, aku akan membazirkan masa aku...
untuk menSASTERAkan diri..
dan cuba mengKEDAHkan sastera itu....
entah la....
tak jadi kot....

nie dia..SASTERA yang cuba diKEDAHkan....

Assalamualaikum KAWAN...
Hangpa nk KAWAN ka nk LAWAN??
Jom  la maen guli tepi jalan...
Jom la KAWAN..
Jom la kita LAWAN...
Hangpa takuit ka hangpa segan??
Takuit la tuh kan??
Kalau macam tuh,jom la kita jadi KAWAN...
Tok sah la dok jadi LAWAN...
Meh la dok sini KAWAN...
Kita salam kita berpelukan...
Romantikan kita KAWAN???
Lo nie kita dah jadi KAWAN...
Jangan la takut KAWAN...
Jom la kita LAWAN...
kita LAWAN sampai malam KAWAN..
Tok soh dok mandi tok sah dok makan...
Kita LAWAN sampai pengsan....
Baru la tau sapa ank jantan.....
setuju tak KAWAN...
tapi ingat LAWAN...
apa jadi kita tetap KAWAN....
tapikan KAWAN....
LAWAN tetap LAWAN...
Biaq krem kaki tangan..
KAWAN tetap KAWAN......

sekian.....
sehingga bertemu kembali.....
sebelum tuh...
aku nk letak la gambaq kawan2...
depa juga pernah jadi lawan.....

Bersama2...selama 4 tahun di bumi Ibu Kandung Suluh Budiman.....

di era kegemilangan.....berjemuran beramai2...PERKASA ka aku nie???

kawan2....masihkah kau ingat??AT03 Erudite Julai 07/08
 
 mengklasiikan diri di Pangkor Islands...Badan Fasilitator FSSKj UPSI...


kawan dan lawan..Ikhtisas Hoki....best oo time nie...

kawan sehostel bukan sehotel....SMK Gulau...
 
 ini baru lawan...then baru jadi kawan...."hanya tinggal sejarah"...
 
diharapkan tiada yang kechiwa...
aku nk masukkan sume kwan2 aku kat dunia nie...
tapinya....tak termampu.....
semoga kawan dan lawan kekal menjado kawan..

p/s : aku mcm nk be reunion dengan sume kwn2 aku....pada hari, jam, minit saat yang sama..hehehe






Sunday, July 17, 2011

MELODI VS GALAKSI

Assalamualaikum...
bila aku dah selalu dok memBLOGkn diri..mksdnya aku memang tak da keja nk buat la....
alah...biar la,best apa dok tulis kat sini...bukan abesh dakwat pen pun..kertas pn tak abes!!
jd jngan ada yg buat muka tak puas hati la...
mata tuh...tak payah nk jeling2...
klu tak puas hati...ckp jew... senang cite...
kn...
tapi aku memang TAK PUAS HATI...
memang....adeyh...


ada ka patot...kecoh punya kecoh...
tak kuar pn cite pasal aku...
tengok mcm MELODI tuh...
cite jew lebey, artis berkahwin sana bercerai sini..
tp tak da plak cite pasal aku kahwin..
patot ka mcm tuh???
tau la, aku tak kawin agi...
cakap ja la aku dh kawen....susah sngt ka???
beria2 ja ckp...KONTROVERSI..
tapi mana buktinya...lepas nie,,,,
aku harap...MELODI buat cite pasal aku...
kalau tak..........TUNGGU LA AKIBATNYA....


sama jugak ngan GALAKSI tuh....
sensasi la sngt..tapi apa pun tak da...
tuju lagu boleh???
tuju lagu pun tak boleh.....
fed-up ja....buat penat aku bayar karan ja...
cite pasal aku langsung tak da...
please la...tak kn kecik punya hal...tak ley settel kot....
GALAKSI pn sama....
lepas nie,,dlm sebulan...
gua nk, ada cite pasal gua...
lau tak..TUNGGU LA AKIBATNYA....

mujur korg tunggu..
nie la akibatnya....
aku buat cite sendiri...
cite yang ditingkatkan PRESTASInya dikurangkan KONTROVERSInya ditambah SENSASInya..
lagi power dri MELODI dan GALAKSI....
nk cite kat korg....(gaya mama juwie, mangga)...

ada seorang artis tuh...skrunk nie dah tak da project lagi...
dengar cite dah balik dok kg...
ea la kn, dah tak laku skrunk...mcm jual popia goreng la plak!!!
balik dok kg la.....
dengar cite, kat rumah pn tak da keje jugak...
hurm, cm tuh la org kita....
bila dah tak da kerja..
mula la cari kerja.....
.
.
.
.
Dengar cite artis tuh skrunk sibuk dok bergusti....
ea??tak percay ja la...
ala..bukan dia yg bergusti....
dia tengok ikan bergusti ja...
tengok nie.....
.
.
.
.
hurm...artis nie...tuh bukti dia tak da keja la tuh...
pulak tuh,,tengok plak....
tempat yang tersangat la....tak sesuai...
hurm...
macam2 artis skrang....
tengok nie,tengok gusti sambil dok atas buai...
.
.
.
.
.
hurm...artis skrunk..
bila dah terdesak sngt...cm tuh la...
tengok gusti ikan pn tak pa...
nk tau sapa artis tuh???
hurm....
so....
tepat jam 5.47 am..
siap siaga mata anda di depan kaca tv..
bersama saya MOHAMAD HAMIMI MAJID....
dalam rancangan GOSIP SANA GOSIP SINI...
hanya di NTV7...
hah...
apa kejadahnya sume itu...
mak bapak dok nganga saja dirumah....
anak2 sudah tak ingat dunia...
opsss..silap siaran...
.
.
.
.
nk tau ka sapa artis tuh....
ok2...jap erk...
jap la awk...jap jew...
?
?
?
?
?
?
AKU LA ARTIS TUH....
ini lah artis yang dimaksudkan tuh....

ok la...
cukup la tuh...
tak larat dah dok merepek kat sini...
jumpa lagi..
Salamun alaik....



Tuesday, July 12, 2011

Aku ke KOnvo...

Weii...blog aku ka nie??
mcm bukan jer...
klu bukan..kenapa bley jd smpai cm nie...
bersawang segala....tengok siling tuh...giler la...
tuh tak pa lagi....ko pergi tngk kat toilet tuh....
tuh....jalan terus ja.....belok kanan..
amacam?? teruk kn......
arghhhh.....
lantak la...yang penting aku konvo jugak...
nk konvo tak perlu pn tandas yg bersinar..
atau siling yang sedap mata memandang....
tp cukup lah.....
dengan....
dengan apa??
sibuk ja la nk tau...
ok2...aku bagi tau....
cukuplah dengan.....



*Ambil SPM, STPM, MATRIK & sama waktu dengannya....
*Isi borang kemasukan universiti..then jangan lupa pilihan 1-4 letak la UPSI...
*Lulus ujian MEDSI ngan interview......Ujian JPJ ka, apa ka...tak penting pn...lau nk KPM lulus UJIAN INSAK...
*Lepas tuh kena g daftar la...lau dapat tawaran..tapi tak daftar..cm na nk konvo....??senget...
*Lepas tuh blajar la 4 tahun....lama ka??? mana da....jap ja...asgmnet sume tak payah buat...hahaha..kawan kn ada..suh la dia bt..korg nk konvo ja,,bukan nk bt asgment.....
*next2....korg kena buka portal tau....tngk la berita pasal konvo tuh...ada setengah tuh....buat group kat facebook...kecoh2 la kat dlm tuh...
*lepas tuh mesti kena bayar RM 100..cnfirm la...klu nk pinjam jubah la....jgn lupa duit gmbar rm35,,,,lau tak, tak ley jugak masuk konvo....lau tak caya,,,kena tunggu konvo la...
*dah2...lepas tu tunggu konvo ja la....
 

  
tengok2....  belum apa2 dh kecoh...

     saja test....belatih snyum dulu,,kang nk senyum time konvo senang...

 peace tueh mean dh bebas la kunun....bebas dari dari beratur nk bayar duit pic konvo...

 siap call NC lagi..bagi tau tarikh konvo kitorg...

 Aku sahabatmu..Kau Sahabatku...Kita Semua Bersahabat...ceyh..ayat ja lebey..*****

tengok tuh....
senang giler nk konvo...
tak perlu nk serabut2.....

aikz,,,,
jauh giler aku lesap dari pangkal jalan...
adeyh....malu giler..
lari tajuk kot....
biar lah...
malas la aku nk delete.....
biar jew la....

aku ase dah terUPDATE pn blog nie secara tak sngaja....


aku pn nk pesan....
"Sekiranya ilmu penuh di dada, jagalah dada elok2,,
"Selamat berkonvo,,buat rakan2 terutamanya....BATCH Erudite, sahabat AT03, member2 badan fasilitator FSSKj, geng2 chicken Chop's & batch julai 07 UPSI...

wassalam......

Monday, April 25, 2011

ANtARa AIr MaTa Dan SeNyuMaN...

Assalamualaikum w.b.t...

Kembali mengayam cerita, kembali melakar berita kembali mencoret suka dan duka..
dari minda kata bicara..
buat tatapan pembaca, buat mereka yg terbaca aku penya cerita..
yg benar mahupun yang dusta, yang fakta mahupun yang auta...
yg pasti rasa itu pasti akan mati....
kerana rasa adalah bicara jiwa...

aku tak da apa nk dkongsi..
melainkan rasa ini...
Rasa air mata dan rasa ketawa...

Sepanjang minggu lepas...
pelbagai rasa telah wujud dlm jiwa...
maka aku luahkn utk ingtan...
kerana rasa itu akan hilang...

Antara rasa ku rasa,,,,

* Rasa air mata bila team bola U-18 Clifford Boy kalah final MSSD Kuala Kangsar...Lagi terasa bila,, player duduk sujud mnahan air mata..lgi-lagi terasa bila player msg "Cikgu, saya tak boleh tito malam,,dok ingt"...
Maka, buat player2ku...ckgu sedey juga,,ckgu ingt..tuh la hadiah pling bermakna dari Clifford...

*Rasa air mata bila saat2 aku nk meninggalkan bumi Clifford..tetiba ja rasa nie datang...biar la, setiap pertemuaan pasti ada perpisahan....dh closed nga student,, dh selesa ngan environment...tp masa itu akan tiba jua..."Cikgu,, ckgu ngajar trus la kat sini,,bnyk lagi kami nk blajar dri cikgu"....aku ngan blagaknya "tak na la,,korg tak best"...hurmm.....

*Rasa suka dan duka bila cmping yang aku rancangkan,berjaya dilaksanakan...w/pn terdapat seribu satu kekurangan..tapi aku bangga dengan apa yg aku usahakan...TQ buat lectr SAINS SUKAN UPSI kerana berjaya menjadi aku sebegini..THANKZ So Much..Buat student Camping Kembara Alam Clifford...Sory, jika terdapat kekurangan sepanjang aktiviti....Cikgu Enjoy walaupun penat....

* Rasa suka bila kita dihargai,,,*rasa gembira bila kita disygi, *rasa cinta bila kita disayangi, *rasa kasih bila kita dirindui.....*Rindu segala kenangan yg telah terakam dalam memori sepanjang 24 tahun ini...touching3 la plak...

Sebagai penutup sebuah rasa yang tercipta..
aku ciptakan sebuah kata-kata buat semua...

- RASA BUKAN TERASA -

Rasa Itu Pasti Ada..
Rasa Itu Milik Semua..
Rasa Itu Indah Bila Di Rasa...
Rasa Itu Rasa Suka dan Duka...
Rasa Itu Ketawa dan Air Mata...
Rasa Itu Hadir Tanpa Di Minta...
Rasa Itu Rasa Kita...
Rasa Itu Rasa Cinta...
Rasa Itu Bicara Kata...
Rasa Itu Bahasa Jiwa...
Rasailah...
Kerana Rasa....
Kerana Rasa...
Kerana...
Rasa Adalah Anugerah Dari-Nya...

Sekian sahaja....
 

Tuesday, April 19, 2011

Warna WarNi KuaLa Kangsar

Assalamualaikum w.b.t & salam minda pembaca buat semua...

kembali...kembali mengUPDATE blog...
setelah sekian lama sunyi & suram tanpa berita...
tema kali ini tak jelas hujung pangkalnya tapi jelas adalah cerita ini..
cerita apee....? cer citer.....
syurga cinta??
Hantu Kak Limah Balik Kuale??
sumenya ternyata meleset seperti melesetnya ekonomi aku skrunk....
dah2....
cite pasal PESTA PANJUT....

ini lah dia....rakaman yang sempat dirakam...bg aku, panjut nie yg paling smart la...kemah kemih...

Ceritanya bermula...
Tapi time tuh, aku masih kat kedai makan...bru nk bayar...
aleh2...bOOOommmmMM....BoooMMMMMoooo....BoooOOOO sama die....
blum ape2 agi, cahaya dah menyinari atsmosfera....
aku ase cm tak nk bayar ja duet mkn td...
tapi apakan daya...
aku jd pemerhati dari jauh...
bukan aku je, sume ja pemerhati dari jauh...
lau nk tngk dari dekat, kena naik kapal terbang la....


ini dia...bunyi2 yang mebingitkan telinga..klu dengar dari dekat..lau dengar dari jauh..bunyinya amat mendamaikan.....

selepas ja bunyi tuh...
tak da agi bunyi...
hanya pot pet...
org sekitar ja......
tp sepangjang gosip2, kutuk2, hina2 dan maki memaki....
adalah pic2 yg disnap's oleh juru kamera kami....

 antara bot berhias yg cute2...tp ada agi cute..akn agi cute bila aku ada dlm bot tuh...


 antara panjut yg layak ke final...tp tewas sebab aku tak ada kat kwsan tuh...nasib la....

 dari jauh ja kmi dapat tngk...lau nk dekat, kena berenang pergi seberang la..pndai plak aku berenang??

boleh tahan la bot nie...tp ada sedikit kekurangan...awok ase mike2 sume dh tau da...ape kekurangannya...

jeng2....
dengan bunyi lagu...
Sultan Perak dah berangkat pulang...
owg laen pn berangkat pulang..
tp kami t'angkat2 agi...
lepak dulu.....
then...............

 merenung di kejauhan....menanti bila kn tiba di persimpangan...

hurm....baju hitam tp muka still putih..muka disianari cayaha keimanan...mklumlah....

 aksi yang tidak terlampau & menghairahkan..bley ditonton semua peringkat umur...

bersiap sedia untuk menyelamatkan mangsa....ada kes mlm nie....




cukup la stakat nie.
internet lelem sngt...
esk la smbung semule...

Wednesday, April 13, 2011

Kata-Kata Adalah Bicara....

Assalamualaikum w.b.t...
ari nie, aku punya shift..
shift utk mengeMOP lntai, mnyapu sawang, MengeLAP debu2,,sawang2..yang mencacatkan BLOG yg sedia cacat ini...


tiada cerita yang ingin dikongsi, tiada idea majlis untuk di rai yang ada hanya kata-kata yang dapat menemani...
kata-kata ini, yang bermain dan menghiasi hari2 aku...


...Antara manis bicara, indah kata yang ingin dikongsi bersama...

Terdapat 4 perkara yang tidak dapat kita RECOVER:
* Seketul Batu apabila telah melontarnya jauh ke lautan biru...
* Kata-Kata apabila kita berkata-kata dengannya....
* Peristiwa apabila kita telah laluinya....
* Masa apabila ia berlalu pergi...

Teringat aku kata-kata yang diucapkan oleh Ckgu Syuhadah dlm Syurga Cinta...Citer muvie feveret aku tuh...
sebulan sekali....inikan Iqmal....besh2....

kata-katanya....
Kadang-Kadang Allah Hilangkan Matahari...
Allah Adakan Petir dan Ribut...
Kita Tertanya2, Mana Hilangnya Matahari...
Tapi Allah Adakan Pelangi Yang Indah....

stops..jap ea...ada keja nie....
kang bila free..sambung agi...