Monday, November 14, 2011

Secubit Garam Di dalam Gula

Assalamualaikum W.B.T dan salam gula & garam...


Alhamdulillah, Ku panjatkan rasa kesyukuran kepada RabulIzzati kerana memberi kesempatan kepada hambaMU ini untuk menitipkan kata membuahkan bicara dalam ruangan ini. Setelah sekian lama, ruang legar ini sepi tanpa coretan, kekuatan terzahir akhirnya sehinggakan tercoret cerita sekiranya anda terus membaca.


Coretan kali ini, ku kira agak beremosi memandangkan di kala ini dunia penuh beremosi dengan ceritatera perasaan, hati dan mental toughness. Namun begitu, coretan emosi ini tiada kaitan dengan YUNA dengan AIM baru-baru ini, juga tiada kaitan dengan NAJWA LATIF dengan CINTA MUKA BUKUnya tetapi cerita ini adalah mengenai AKU...(tengok, sume dah bt muka boring)...mengenai AKU memandangkan nie kn blog aku...tetapi aku dengan cerita-cerita di sekelilingku....


Terpanggil aku untuk melontarkan buah bicara aku, memandangkan kita berhak untuk bersuara selaras dengan Perlembagan Perkara 10 iaitu Hak dan Kebebasan Bersuara...maka jari kasar aku, akan terus menari untuk meluahkan idea dan ketidak puasan hati mengenai beberapa perkara. Namun harus di ingat,,,aku BUKAN ORTODOKS tepai aku adalah aku....


MATA, TELINGA dan AKAL aku terus disua dengan isu POSTING...Ku kira semua tau mengenai isu ini. Sehingga dalam kalangan mereka mengeluarkan kata-kata nista, kata-kata penuh kehinaan kepada pihak-pihak tertentu. Itu belum dikira mengenai MAKIAN MAZHAB BEGINNER dan TUDUHAN LEVEL 1 yang bermain dimulut CIKGU yang bakal menjadi nadi kepada masa depan negara. Aku tidak menunding jari, menyalahkan mereka dek kerana kekusutan berlaku tetapi yang menjadi persoalannya layakkah kita untuk menjadi PENDIDIK dengan MAKIAN menjadi sarapan pagi, FITNAH menjadi makan tengah hari dan TUDUHAN menjadi makan malam??? Layakkah kita???


Cereblum aku merasakan bahawa isu ini bukan satu omongan daripada pihak kerajaan tetapi kerajaan mahupun kementerian mempunyai signifikan mengapa langkah memberi penempatan kepada GSTT.Tidak boleh tidak, kita terpaksa menelan ini semua kerana kuasa dan strategi kementerian adalah hak dan autonomi mereka dan kita sebagai rakyat harus bersedia dengan sebarang kemungkinan. Kementerian tidak pernah menjanjikan apa-apa kepada kita semasa mengambil kita sebagai graduan ISMP (klu tak percaya tengok surat tawaran masuk U)...oleh itu, mengapa kita ingin MENYALAK PADA BUKIT,,kerana sudah pasti kuasa kita tidak seberapa. tetapi yang lebih baik kita mencari alternatif yang lebih rasional dan proaktif...tidak hanya menunggu, tidak hanya menyalahkan orang lain....


Isu ini tidak akan mencecah garisan penamat,, tapi aku ingin tamatkan coretan ini....tetapi aku cuba melakarkan kata-kata buat diri aku dan mereka seperti aku...


....Memaksa Atau Terpaksa....

Langkah berduri telah dilalui...
Ada sumbang, ada gemilang...
Tiba dihujung dengan harapan....
Untuk berbakti di gelap malam
Memberi sinar kepada kehidupan

tapi kini...
semangat kian hilang..
senyuman tiada warna...
cerita hilang tanpa rasa
Lidah kelu tanpa suara
mati sebelum usia

tapi ingat...
berpijak di bumi yang nyata
rezeki ada disini sana
berlari dan berjalan mencarinya
bukan hanya duduk dan berdoa
tawakkal kita berdoa semua
hanya yang terbaik dariNYA
buka mata buka minda

wassalam...

1 comment: