Sunday, December 26, 2010

Untukmu Dariku...

Pertemuan adalah fitrah kehidupan...


Bertemu kita kerana DIA....
Berkenalan kita kerana DIA...
Bersahabat kita kerana DIA... 
Semuanya kerana DIA...

Bersyukur aku atas pertemuan itu...
Bersyukur aku dapat mengenalimu... 
Kerana itu rahmat dariMU...
Berkongsi cerita dan juga ILMU...
Buat pedoman di hari muka ku...
Yang pasti, ia terjadi atas kehendakMU....

Perpisahan terjadi kerana Pertemuan...


Perpisahan tinggalkan kenangan...
Perpisahan hadirkan air mata kesedihan...
Tetapi...
Ia tidak meleraikan ikatan....
Ia tidak memutuskan persahabatan....
Ia tidak mengundang seribu persengketaan...
Hanya terpisah kerana keterpaksaan...
Tapi ia sudah ditakdirkan Al-Rahim Al-Rahman...

Andai terjadi antara kita...
Ingatlah wahai teman sahabat semua...
Bukan kita yang pinta...
Tetapi..
Itu adalah suratanNYA...
Tabah la kita menghadapiNYA...
Kerana....
Ia terselit hikmah untuk kita bersama...

Tinggalkan DOA buatku Teman...
Sedekahkan Al-Fatihah buatku Kawan...
Taburkan haruman mawar di pusaraku sekalian...
Ketika itu tiada yang mampu melawan...
Hanya Doa kalian buat peneman...
Ingatlah segala detik seribu kenangan...
Aku dan engkau sebagai teman dan rakan...
Wassalam...
Sebuah cerita akhiri kehidupan....



p/s : buat teman2, rakan2, kawan2, maaf dipinta, halalkan segalanya, 
ingat aku sebagai temanmu..TQ atas segalanya....

No comments:

Post a Comment